Pendidikan wanita Nana Asma'u

Lain-lain daripada karya tulisan beliau yang terselamat adalah berkaitan dengan pendidikan Islam: kebanyakan hayat dewasa beliau, beliau bertanggungjawab kepada pendidikan agama wanita. Bermula sekitar 1830-an, beliau menghasilkan satu kader guru wanita (jaji) yang berkelana di segenap pelosok kekhalifahan untuk mendidik wanita di rumah-rumah mereka. Setiap jaji menggunakan tulisan-tulisan Nana Asma’u dan ahli-ahli sufi lain, biasanya menerusi mnemonik dan puisi yang dibaca, untuk melatih barisan wanita terpelajar, yang dipanggil ’yan-taru. Beliau mengurniakan kepada setiap jaji sebuah malfa (topi dan simbol upacara tradisional jawatan pendeta wanita pagan Bori di Gobir) yang diikat dengan serban merah. Oleh itu, jaji menjadi simbol negara baharu, aturan baru, dan pengajian Islam malahan di luar komuniti wanita.[3] Secara sebahagiannya, projek pendidikan ini bermula sebagai satu cara untuk mengintegrasi tawanan pagan yang baru ditakluki ke dalam kelas pemerintah Muslim. Ia berkembang dengan melibatkan guru-guru latihan yang miskin dan berada di pedalaman yang berkelana di segenap corok kekhalifahan itu.